Situasi 1 : anda baru sahaja berkahwin dan rumah semasa anda adalah pangsapuri. Dan anda pula seorang yang suka menanam tumbuhan. Jadi anda buntu bagaimana untuk meneruskan hobi anda.

Situasi 2: anda tinggal di rumah teres yang sudah penuh dengan pokok-pokok bunga dan masih mahu untuk memenuhkan rumah dengan tumbuhan.

Situasi 3: anda perlukan hobi baru yang tidak memerlukan banyak tenaga dan wang.

Ini jawapan bagi semua situasi dan masalah di atas!

Anda boleh mula menjaga tumbuhan di dalam rumah sahaja!

Tahukah anda houseplants adalah antara tumbuhan yang paling senang dijaga.

Perkara yang anda hanya buat adalah siram dan memastikan tumbuhan anda dapat cahaya matahari yang cukup.

Banyak kelebihan yang boleh anda dapati daripada menjaga ‘houseplant’ seperti:

1. Alergi

Ada beberapa pengkaji membuat kajian yang bilik yang mempunyai tumbuh-tumbuhan akan mengurangkan risiko ada habuk di dalam bilik tersebut.

2. Membaiki kesihatan mental

Apabila anda asyik menjaga dan menanam pokok sehingga ianya sihat dan segar bugar, secara tak langsung anda akan melupakan perkara yang menggusarkan fikiran anda dan membantu anda memulihkan ‘mental state’.

3. Pencapaian

Apabila anda melihat tumbuhan yang anda jaga elok membesar, anda akan merasakan ianya adalah satu pencapaian yang tinggi anda pernah capai.

4. Udara segar

Dan sudah semestinya udara yang anda hirup di rumah akan jadi lebih segar daripada di luar.

Tidak perlu minta encik suami belikan ‘air purifier’ yang mahal!

Jika anda seorang suri rumah, ‘houseplant’akan menjadi teman anda untuk mengisi masa yang terluang dan anda pun akan jadi lebih ceria.

Tapi pokok apa yang sesuai untuk tanam dekat dalam rumah?

Ini beberapa senarai pokok yang boleh ditanam di dalam rumah dan di bilik.

Sesuai juga untuk sesiapa yang mahu mula berjinak dalam bercucuk tanam.

Nama PokokKelebihanSesuai diletak di
Philodendron, Snake plantMembersihkan udaraRuang tamu
Rubber Plant (Ficus Elastica)Membaiki kualiti udara di dalam rumahBilik yang senang masuk cahaya
Aloe VeraElok untuk kesihatanDapur, Ruang Tamu
English IvyMenapis udara tercemarTandas

Dan banyak lagi tumbuhan dan pokok yang anda boleh jaga.

Selain pokok-pokok diatas, herba-herba juga anda boleh tanam seperti pudina, parsley, basil dan banyak lagi.

Apa yang anda perlukan hanyalah cahaya matahari yang banyak dan kemahiran untuk menanam tumbuh-tumbuhan.

Lagipun ini juga boleh menjadikan rutin harian anda bersama pasangan sebagai suami isteri untuk menjadi lebih sihat dan bahagia!

About the Author

Farhana

Penulis

Bercita-cita mahu menjadi seorang cikgu Bahasa Malaysia. Yang jadi sekarang, seorang yang minat dengan penulisan dan cheesecake.

View All Articles