Selalu kita dengar ‘long distance relationship’ dalam kalangan kawan kita yang sedang hangat bercinta dimana mereka bercinta tetapi dalam jarak yang agak jauh.
Ada setengah berjaya sehingga dibawa ke pelamin dan ada yang tidak.
Tapi pernahkah anda dengar PJJ?
Ia adalah ‘short term’ untuk pasangan berkahwin yang mengamalkan Perkahwinan Jarak Jauh.
Pasangan yang sudah berkahwin yang berstatus PJJ ini bukanlah perkara yang senang untuk di amalkan.
Banyak cabaran yang perlu mereka hadapi.
Tapi apa yang menyebabkan berlakunya Perkahwinan Jarak Jauh ni?
Antaranya ialah:-
1. Pekerjaan
Bagi yang berkerja dibawah kerajaan, agak sukar untuk memohon penukaran daerah dan mengambil masa yang agak lama.
Manakala yang swasta pula mungkin atas faktor sayang untuk melepaskan tempat kerjanya yang lama kerana gaji yang tinggi berbanding tempat kerjanya yang baru.
2. Perumahan
Pasangan PJJ juga sanggup berjauhan dan duduk di rumah sewa/rumah keluarganya dahulu kerana mereka berdua sedang mengumpul wang untuk membeli rumah yang baru.
Dan sebenarnya ada banyak risiko bagi pasangan PJJ ini.
Boleh menganggu emosi, tekanan sekeliling, syakwasangka dan banyak lagi.
Tetapi pasangan PJJ ni lah antara pasangan yang paling kuat mentalnya apabila kita bercakap tentang cabaran dalam perkahwinan.
Bagaimana nak jaga hubungan untuk pasangan jarak jauh ni?
1. Komunikasi
Ya, ini cliché tetapi komunikasi amatlah penting dalam apa jenis hubungan sekali pun tak kira anda sedang bercinta ataupun sudah berkahwin.
Hubungi pasangan anda setiap hari, update apa yang anda buat pada pasangan anda supaya anda dapat rasa seperti si dia sebenarnya di sebelah anda.
2. Hujung minggu
Setiap kali hujung minggu, pulanglah ke pangkuan isteri walaupun penat sedikit tapi percayalah anda akan hilang rasa penat ni bila nampak wajah isteri kesayangan anda.
3. Kejutan
Buat si isteri pula yang menunggu di rumah, buatlah kejutan romantik menyambut suami anda seperti ‘candle light dinner’.
Kejutan begini boleh hilangkan rindu dan kuatkan lagi perasaan anda berdua sebagai suami dan isteri.
Tiada pasangan di dalam dunia ini suka dan mahukan hubungan jarak jauh kerana banyak menganggu mental dan emosi.
Tetapi kesabaran sentiasa dibalas dengan sesuatu yang lebih bagus.
Jika anda adalah salah seorang pasangan Perkahwinan Jarak Jauh, ketahuilah anda sangat kuat untuk menghadapi cabaran yang berliku ini.