Kepada para isteri dan juga suami di luar sana, ketahuilah apabila seseorang wanita itu datang haid, dia masih lagi boleh beribadah walaupun ibadah seperti solat, puasa dan membaca al-Quran diharamkan olehnya. Lagi-lagi kalau haid di bulan puasa, lagi frust kan? Haid dalam bahasa Arab bermaksud mengalir. Menurut istilah Feqah pula, haid ialah darah yang keluar dari kemaluan seorang wanita setelah berusia 9 tahun, dengan sihat (tidak kerana sakit), tetapi memang memang kudrat wanita dan tidak setelah melahirkan anak.

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 222 ada disebut tentang haid yang bermaksud

“ Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah :”Haid itu adalah kotoran”.Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita waktu haid ; janganlah kamu mendekati mereka,sebelum waktu mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allag menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri”.

Ayat ini menerangkan tentang haid memang kotor sampai Allah melarang untuk para suami untuk bersama (lihat : bersetubuh) dengan isteri sebelum mereka suci. Anda jangan risau, meninggalkan larangannya juga merupakan satu ibadah. Di sini akan dikongsikan beberapa ibadah yang boleh dilakukan oleh sang isteri jika mereka datang haid.

1. Zikir

Berzikir. Zikir bermaksud mengingati Allah. Zikirlah sebanyak yang mungkin sepanjang tempoh haid kerana zikir ini mudah, tidak perlu menutup aurat pun. Contoh zikir Subhanallah wal hamdulillah walailahaillallah, istighfar dan juga selawat. Buat banyak-banyak pun tak mengapa. Perkara ini boleh memberatkan timbangan semasa di akhirat nanti.

2. Sedekah

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Bersedekah ini memang mempunyai kuasa yang sangat besar. Dalam surah al-Baqarah ayat 261, Allah telah berfirman yang bermaksud “Bandingan (derma)orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi serratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya,lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” Besarnya pahala kalau bersedekah. Sedekah ini tidak semestinya dalam bentuk wang. Boleh jadi dalam bentuk makanan, pakaian dan sebagainya. Tidak perlu bagi dalam jumlah yang besar pun tidak apa, bagi dalam jumlah yang kecil tetapi konsisten.

3. Beri Makan Kepada Orang

Beri makanan kepada orang yang berpuasa (kalau haid dalam bulan puasa). Besar pahalanya kalau memberi makan kepada orang yang berpuasa lagi-lagi kalau berada di bulan Ramadan yang mulia. Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah bersabda maksudnya “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” Hadis Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi.

4. Niatkan Semua untuk Beribadah

Niatkan semua perbuatan untuk beribadah. Perkara ini sebenarnya waktu isteri tidak haid pun boleh buat. Cuma ini sebagai peringatan. Sebagai contoh, tidur sebagai ibadah, makan sebagai ibadah, bersenam sebagai ibadah dan sebagainya. Semua yang dilakukan dalam kehidupan seharian diniatkan sebagai ibadah. In shaa Allah ada pahala yang akan datang.

Kalau para isteri haid, janganlah risau, si suami boleh berkongsi ilmu pengetahuan ini kepada isteri anda. Pasti mereka akan lebih rasa teruja kerana imam mereka tahu maklumat-maklumat sebegini. Selamat memanjangkan ilmu!

Tagged in:

, ,

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles