Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang sangat berpegang teguh kepada adat. Dalam Islam, tiada wang hantaran yang disebut, cuma ada mas kahwin sahaja. Wang hantaran yang perlu ada dalam adat masyarakat Melayu ini merupakan hadiah daripada pihak suami kepada pihak pengantin perempuan yang ditetapkan harganya oleh belah pengantin perempuan. Jika tiada wang hantaran ni seolah-olah perkahwinan tidak dapat dilangsungkan.

Nak hantaran berapa? 10k? 20k? 30k? 50k? Terbuntang mata cik abang anda nanti! Walaupun anda berhak meletakkan harga wang hantaran, anda kena fikir juga kemampuan bakal suami anda. Jangan main sebut sahaja harga ikut suka hati, nanti ada pihak yang terguris. Anda nak bina masjid, satu perkara yang suci, tak mahulah nanti hubungan antara kedua-dua keluarga lelaki dan perempuan keruh kerana isu wang hantaran.

“Alah, saya kan pemegang degree. Mestilah 50 ribu. Takda class lah rendah-rendah wang hantaran. Anak Mak Cik Timah habis SPM tu pun 30 ribu”.

Amboi, cik kakak! Anak Mak Cik Timah tu kahwin dengan anak orang kaya, memanglah dia dapat harga macam tu. Anda tu kahwin dengan orang kebanyakan sahaja. Mesti lain pengiraannya.

Ingat, anda hendak membina masjid tau bukan mahu mengikis duit bakal suami sampai begitu sekali. Ingat, orang yang anda bakal berkahwin itu merupakan kesayangan anda. Takkanlah anda sanggup melihat dia sampai berhutang dengan pihak bank semata-mata untuk merealisasikan angan-angan Mat Jenin anda. Kasihan dia. Di sini dilampirkan cara untuk mendapat nilai berpatutan untuk wang hantaran anda!

1. Perancangan

Pertama sekali, rancang dengan keluarga tentang perkara-perkara yang bakal menggunakan wang hantaran tersebut. Berikut merupakan perkarayang boleh digunakan oleh pihak pengantin perempuan menggunakan wang hantaran :

Perkara-perkara di atas merupakan perkara-perkara yang asas untuk menjalankan kenduri kahwin. Jadi, pihak pengantin perempuan perlulah meminta wang hantaran setimpal dengan perancangan yang dilakukan. Namun awas, perancangan ini perlulah diteliti sebaik-baiknya, jika boleh berjimat, jimatlah dengan sebaik-baiknya. Potong segala yang tidak perlu bak kata pepatah orang Inggeris “Less is more”. Tengok kemampuan bakal suami anda juga. Jika dia bergaji kecil, janganlah minta sampai 30 ribu, sampai bila-bila pun anda tak boleh kahwin nanti.

2. Ekonomi

Melihat ekonomi sekarang dan ekonomi kewangan bakal suami anda, tetapkan harga hantaran mengikut ekonomi-ekonomi tersebut. Maksudnya, mampu memenuhi kehendak pihak pengantin perempuan berdasarkan kemampuan pengantin lelaki menyediakan wang hantaran. Pihak pengantin perempuan kena berfikir secara rasionallah dalam menetapkan harga hantaran. Jangan kenduri hanya menggunakan 20 ribu tapi anda minta 60 ribu. Boleh sahaja minta begitu tetapi kalau bakal suami anda mampu. Kalau wakil pengantin perempuan seperti ayah, meminta wang hantaran yang tinggi, cuba anda sebagai pengantin perempuan, minta mereka faham dengan ekonomi bakal suami anda tapi janganlah sampai terlalu murah, ikut keperluan anda.

3. Pengumpulan Wang

Jika bakal suami anda meminta anda mengumpulkan wang bersama-sama dengan kadar yang anda tidak suka, jangan mudah setuju. Kadang-kadang ada lelaki memang pemalas tidak mahu bertanggungjawab dengan wang hantaran.

“Ala, kita kan nak kahwin, kita kumpul sama-sama ya sayang? Awak kumpul 70 peratus, saya kumpul 30 peratus sebab ayah awak lah ni mintak banyak sangat.”

kata si Jamal kepada Milah.

Jangan mudah bersetuju. Lelaki begini, bersifat kedekut, sampai kahwin nanti anda kena hadap sifat kedekut jika anda mudah mengalah dalam bab-bab duit ini. Kalau boleh chow daripada lelaki sebegini, silalah chow dengan kadar segera. Boleh sahaja kumpul wang bersama-sama tetapi dengan amaun yang dipersetujui. Kalau boleh 10 peratus sahaja sudah memadai, tidak perlu sampai 50 peratus. Tapi pengumpulan wang ini janganlah diberitahu dengan keluarga perempuan kerana takut tidak disenangi.

So girls, be wise on everything! Selamat menerima wang hantaran!

Kredit Gambar: De’ Shutter

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles